Kula.

How Kula Converts HRDF to Become Mini H(in)DR(a)F

Dasar ‘Indian First’ di Human Resource Developmt Fund (HRDF) oleh YB Kula Menteri Sumber Manusia.CEO baru Mr Elanjelian Venusamy dilantik tanpa temuduga. Rakan beliau Poobalan Murugesan dilantik sebagai Pengurus Kanan, tanpa melalui proses temuduga.

Dhamodharan Munusamy (64 tahun, Pengerusi Ipoh Hindu Devasthana Paripalana Association) dilantik sebagai Chief Finance Officer (CFO).CFO sebelum ini, Wan Nazaruddin dipaksa berhenti 24 jam dengan ugutan siasatan dalaman.

Staff kanan bukan India samada ditekan sehingga berhenti/tidak disambung kontrak (Noor Azita, Jason, Hj Suran, NoorLiza, Azahari) Ini untuk beri laluan kepada kroni-kroni. Staff India walaupun terpalit isu rasuah (Murali, Puviyan, Sashikala) kekal.

Nadeswaran Munusamy (63 tahun, penagih alkohol tegar, bekas wartawan) dilantik sebagai Advisor.

Radhakrishnan Nadarajah, (55 tahun, akauntan yang dibatalkan sijil oleh New Zealand Chartered Institute of Accountants (NZCIA) kerana melanggar etika pada 2013) dilantik sebagai Advisor dengan bayaran Rm40k sebulan.

Kenalan Elan, Tamil Selvam Thirumilai, seorang penyelia pengeluaran dan aktivis sekolah Tamil dilantik sebagai Manager, walaupun gagal dalam proses temuduga.

Pada 18 Disember, RM50,000 diberikan kepada Persatuan Ahli Lembaga Pengelola Sekolah Tamil Perak. Sedangkan, biasanya, hanya RM5,000 diperuntukkan.

Vemal Arasan & Associate, firma guaman milik anak didik Kula dilantik sebagai agen menguruskan tunggakan levi majikan. Polisi HRDF memerlukan minima seorang rakan Bumiputra dan Insurance Indemnity RM1 juta. Firma ini gagal memenuhi kedua2 syarat di atas.

Seorang BOD baru, Govindasamy Annamalai tidak layak kerana bukan majikan berdaftar. Beliau presiden Educational Welfare and Research Foundation, sebuah NGO India.

HRDF is a government agency tetapi Kula buat seperti HINDRAF. Seperti Waytha, Kula juga dalang menghasut rusuhan kes kuil Seafield

Perangai dap..

Lihat perangai DAP. Mereka siap ugut PH jika mereka tak dapat apa yg DAP cita2kan..Dap akan keluar dari PH. Tapi jika rakyat tak dapat apa yg dijanjikan,mereka tak kesah pun. ISTIQAMAHnya mereka dengan prinsip perjuangan mereka. Tapi sebahagian kita pulak yg terhegeh2 nak bersama DAP. Siap sanggup khianati agama dan bangsa lagi. Saya alu2kan ketegasan DAP itu dan saya nak lihat apakah PAN akan ikut jejak DAP atau berpaling tadah dengan melompat kepada BERSATU pulak.

Senario politik Malaysia semakin menarik bila acara lompat jauh dan lompat katak berlaku secara besaran2. Sehingga menyebabkan sebahagian pimpinan PKR yg pro Anwar melihat langkah Tun menerima kemasukan Ahli2 Parlimen dan bekas pimpinan UMNO itu sebagai langkah mengukuhkan Bersatu dan melemahkan parti komponen PH yg lain.
Mereka juga merasakan Tun bukan sahaja berhasrat mengukuhkan cengkaman kuku Bersatu dalam PH namun ada agenda lain yg tersembunyi yg akhirnya menafikan Anwar sebagai PM ke 8.

Saya setuju jika ada sebahagian pengundi PH dlm Pru 14 yg lalu berkata; kita undi PH kerana mahu nyahkan UMNO. Tapi tiba2Tun pulak bawa mereka kedalam PH. Setiap langkah PH yg mengecewakan rakyat adalah kredit bagi PAS. Pas cuma menangguk di air keruh tapi bukan Pas yg mengeruhkan air itu.

Saya fikir kini baru pimpinan2 DAP dan PKR rasa sedikit menyesal menobatkan Tun sebagai PM. Sebagaimana pengundi yg menyesal memberi undi kpd PH. Namun saya tidak fikir perasaan itu ada dlm hati pimpinan PAN. Kerana bagi mereka siapa pun yg jadi PM di kalangan parti2 utama PH mereka tetap sebuah parti pinggiran yg mengharapkan ihsan. Boleh jadi bagi mereka Tun sebagai PM lebih baik dari org lain jadi PM. Kerana Tun kelihatan lebih memberi muka kpd PAN berbanding DAP yg lebih bersifat mengkhadamkan PAN. Kenapa Tun begitu?..biarlah saya simpan jawapan itu.

Kepada ahli2 umno suka saya menyeru anda semua marilah bersama Pas. Anda sudah menyaksikan dilayar besar politik malaysia bagaimana gelagat manusia2 yg anda berikan kepercayaan. Namun akhirnya bukan kepentingan dan suara hati anda yg diraikan namun perut dan kepentingan pribadi mereka juga yg diutamakan. Dalam masa yg sama anda juga menyaksikan bagaimana konsistennya Pas dengan dasar Islamnya dan istiqamah membela bangsa dan tanahair.

Ayuh..kita lakar sejarah baru Malaysia yg lebih baik dari MALAYSIA BARU.

UMS
Langkawi Kedah.
21. DEC.2018

Pertikai

Polis Mempertikaikan Laporan Bedah Siasat Arwah Adib
https://pakdin.my/polis-mempertikaikan-laporan-bedah-siasat-arwah-adib/

Persoalan yang ditanya oleh pihak bomba adalah, siapa yang menjadi dalang untuk menutup kes pembunuhan Adib dan mengapa pihak yang bersalah diberikan masa untuk mereka melarikan diri dari negara dan bersembunyi? Dan juga, mengapa laporan bedah siasat mengabaikan kenyataan dari saksi yang membuat laporan polis mengenai “punca kematian”?
Raja Petra Kamarudin

“Cover up” akan dibuat. Kerajaan Pakatan Harapan mahu mengurangkan ketegangan antara kaum dengan mengatakan bahawa punca kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah disebabkan oleh “kecerderaan dada”.

Laporan berita dari NST (https://www.nst.com.my/news/exclusive/2018/12/441955/exclusive-additional-fractures-adibs-death-due-chest-injuries) berkata, “A report that will be prepared details the type of injuries he suffered, including internal ones, and what could have caused them; including if they were inflicted by a third party, as well as expert opinions on how they could have happened.”

Pihak polis sudah pun mengetahui bagaimana ianya berlaku kerana mereka menerima laporan dari anggota bomba lain, yang juga berada di tempat kejadian. Kesemua mereka mengesahkan bahawa Adib diseret keluar dari jentera bomba dan dipukul oleh sekumpulan India. Para saksi telah pun mengenal pasti penyerang-penyerang yang terlibat.

Empat orang India yang masih bebas dengan jaminan dan mereka masih tidak ditangkap semula dan didakwa atas kes membunuh

Kes itu pada asalnya diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, atau cubaan membunuh. Oleh kerana Adib telah meninggal dunia, kes ini patut ditukarkan ke Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bermaksud membunuh.

Keempat suspek itu harus ditangkap semula dan tuduhan terhadap mereka perlu dipinda daripada cubaan membunuh (S.307) ke membunuh (S.302) dan jaminan mereka juga patut dibatalkan kerana tidak ada jaminan untuk sesiapa yang didakwa dibawah “capital offence”.

Sehingga hari ini, Peguam Negara, Tommy Thomas, tidak memberi “green light” kepada pihak polis untuk menahan semula suspek dan mendakwa mereka dengan pertuduhan yang dipinda. Maklumat yang diterima oleh pihak polis adalah dengan kelengahan ini, ia membolehkan suspek untuk meyelinap keluar dari negara ke tempat yang mereka boleh berlindung. Ini membuatkan IGP sangat kecewa.

Sementara itu, anggota bomba yang menyaksikan insiden menyebabkan kematian rakan sekerja mereka sangat tidak berpuas hati dengan “cover up” yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Apa yang kerajaan mahukan berkaitan punca kematian Adib menjadi kabur dan puncanya adalah disebabkan oleh “kecerderaan dada”. Akan tetapi, ramai anggota bomba menyaksikan bahawa Adib sebenarnya dipukul sehingga mati.

India dari Pakatan mahukan kematian Adib ini menjadi satu situasi yang tidak serius untuk mengelak terjadinya tindak balas yang buruk terhadap kerajaan Pakatan.

Persoalan yang ditanya oleh pihak bomba adalah, siapa yang menjadi dalang untuk menutup kes pembunuhan Adib dan mengapa pihak yang bersalah diberikan masa untuk mereka melarikan diri dari Negara dan bersembunyi? Dan juga, mengapa laporan bedah siasat mengabaikan kenyataan dari saksi yang membuat laporan polis mengenai “punca kematian”?

“Cover up” ini dan konspirasi yang membolehkan pembunuh melarikan diri dari hukuman akan menjadi lebih sensasi dari kes pembunuhan itu sendiri dan jika ianya tidak ditangani dan juga dijelaskan dengan baik ia akan memecah belahkan Malaysia.

Rujukan:
Additional fractures – Adib’s death due to ‘chest injuries’
https://www.nst.com.my/news/exclusive/2018/12/441955/exclusive-additional-fractures-adibs-death-due-chest-injuries

Sumber: Malaysia-Today.net

Ugut

Beranikah Dap Keluar Kerajaan?
Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
21/12/18

PAS pernah diugut oleh Dap sewaktu Barisan Alternatif supaya jangan kemuka dokumen negara Islam. PAS bukan parti yang tidak ada prinsip untuk tunduk kepada kehendak Dap. Dap tidak berjaya cucuk hidung PAS. PAS bertegas, akhirnya Dap cabut lari daripada BA pada tahun 22 September 2001.

Mursyidul Am sewaktu itu almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan Presiden PAS ialah almarhum Ustaz Fadhil. Itu pun pengampu Dap, mengatakan jikalau PAS dipimpin oleh dua almarhum ini, Dap tidak akan keluar daripada Pakatan Harapan. Inilah pembohong international yang buta sejarah.

Sekarang kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir diugut. Jika tidak ikut aspirasi Dap, mereka akan keluar. Apabila Dap bercakap tentang integriti dan good governance Rakyat pun sudah naik muak dan jelik. Rakyat sudah lihat tujuh bulan memerintah sikap dan kelaku mereka seperti kaduk naik junjung.

Rakyat ingat, hebat

sangat menteri di kalangan Dap untuk memulih ekonomi dan meningkatkan harga getah dan kelapa sawit. Sikap menteri kewangan Lim Guan Eng yang tidak profesional berhubung isu royalti di Kelantan.

Persoalannya adakah Dap berani keluar daripada kerajaan?. Bukan senang hendak dapat masuk Putrajaya. Bukan senang dapat akses maklumat kerajaan. Apa yang lebih penting makin banyak peluang ekonomi. Bukan senang taiko-taiko besar boleh bersama Dap. Semuanya hasil bersama di dalam kerajaan.

Sekarang rakyat semakin kenal. PAS sudah lama kenal. PAS pernah berkawan dengan Dap. PAS berpisah kerana prinsip dan berkawan kerana prinsip, bukan kerana peribadi. Hendak tunduk kepada kehendak Dap, sorry lah ya.